Latar belakang kawasan kajian

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, perkara yang dibincangkan adalah tentang latar belakang kawasan kajian dan aspek yang berkaitan dengan pembangunan lokasi kajian, penduduk, sosio-ekonomi, guna tanah, perindustrian dan lain-lain. Dalam bab ini, isu kesan perindustrian seperti pencemaran dibincangkan. Bab ini, pembaca akan memahami secara lebih mendalam tentang kawasan kajian. dengan mengetahui secara lebih mendalam latar belakang kawasan kajian, penkaji akan dapat memahami dan menerangkan secara menyeluruh tentang kawasan kajian.

3.2 PEMBANGUNAN DI MALAYSIA

Pembangunan adalah sesuatu aspek yang penting dan sentiasa diutamakan oleh kebanyakan negara yang sedang membangun dan negara maju. Di Malaysia, pembangunan adalah satu agenda penting yang diberi keutamaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Pembangunan di sini bermaksud pembangunan ekonomi, politik, sosial, dan lain-lain. Jika dilihat kembali sejarah Zaman Batu Awal, manusia sudah mula berusaha mencipta peralatan-peralatan dan pengangkutan untuk memudahkan kehidupan mereka. Secara lahiriah, setiap manusia sudah pasti ingin mengecapi pembangunan dan pemodenan serta gaya hidup yang mudah dan berkualiti. Oleh itu, kita tidak dapat menghalang pembangunan sesebuah negara.

Di kebanyakan negara maju dan negara sedang membangun, pembangunan ekonomi adalah sesuatu yang paling penting dan sentiasa diutamakan. Revolusi perindustrian adalah salah satu agen dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Revolusi perindustrian di Malaysia telah bemula sejak tahun 1970-an lagi. Revolusi perindustrian ini adalah salah satu langkah mencapai Wawasan 2020. Usaha mencapai Wawasan 2020 terbukti dengan pembangunan sektor perindustrian, pertanian, perumahan dan sebagainya. Setiap negeri di Malaysia mempunyai kawasan Perindustriannya sendiri. Contohnya, Shah Alam (Selangor), Mergong (Kedah) dan lain-lain.

3.2 PEMBANGUNAN DI KEDAH

     Negeri Kedah merupakan salah sebuah negeri daripada 14 negeri yang terdapat di Malaysia. Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia. Lokasi negeri Kedah adalah bersempadanan dengan 3 negeri dah 1 negara iaitu Perlis (Barat Laut), Pulau pinang (Barat Daya), Perak (Selatan) dan Thailand (Utara).

Kedah Darul Aman merupakan sebuah negeri di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan hasil pertanian. Kedah mempunyai keluasan lebih kurang 9,426km². Kedah terletak di Utara semenanjung Malaysia yang berhadapan dengan Selat Melaka. Kedah merupakan salah sebuah negeri Agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan pertanian padi serta perkampungan nelayan. Negeri Kedah juga dikenali sebagai negeri Jelapang Padi kerana hasil pertanian padi yang banyak.

Perindustrian membawa kepada pertumbuhan penduduk dan wujudnya banyak bandar-bandar baru. Kawasan perindustrian biasanya mempunyai tahap kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Berdasarkan bancian pada tahun 2003, Kedah mempunyai populasi penduduk sebanyak 1,778,188 orang. Daripada itu, populasi penduduk yang berbangsa Melayu adalah kaum terbesar dengan 75%, diikuti kaum Cina iaitu sebanyak 15%, kaum India sebanyak 7%, Bukan warganegara sebanyak 1.6%, lain-lain kaum sebanyak 1.4%.

Negeri Kedah terbahagi kepada 9 buah daerah yang kecil. Daerah-daerah tersebut adalah Daerah Kubang Pasu, Daerah Padang Terap, Daerah Yan, Daerah Pendang, Daerah Kuala Muda, Daerah Sik, Daerah Baling, Daerah Kulim dan Daerah Alor Setar. Di setiap daerah ini, terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk tempatan. Sebagai contoh, aktiviti ekonomi yang dijalankan di Daerah Pendang adalah pertanian padi basah, Revolusi Perindustrian di Kedah tertumpu di Kulim dan Mergong.

Pembangunan perindustrian ini semakin rancak dan membesar. Semakin banyak kilang dibina berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat rekreasi dan sungai. Pembangunan yang tidak terancang boleh mendatangkan masalah manusia dan alam sekitar.

3.3 LATAR BELAKANG KAWASAN MERGONG

     Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu negeri Kedah. Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Salah sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Mergong. Mergong adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan penduduk. Kawasan Mergong ini adalah sebuah kawasan perindustrian. Sebelum pembinaan kawasan perindustrian ini, kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk. Apabila kawasan ini dibangunkan menjadi kawasan perindustrian yang utama di Kedah, kawasan ini mula didiami penduduk. Ini kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor perindustrian serta jaringan pengangkutan yang dimajukan. Ini telah menyebabkan pertambahan penduduk di kawasan Mergong semakin meningkat.

Daerah Kota Setar sudah lama wujud. Mengikut sejarah, daerah kota setar telah wujud sejak awal abad ke-16. Daerah Kota Setar ini telah berkembang pesat dan akhirnya diishtiharkan sebagai Bandaraya Alor Setar pada 21 Disember 2003. Daerah Kota Setar ini mempunyai keluasan 666 km². Kawasan perindustrian Mergong ini meliputi 60.45 hektar daripada jumlah keluasan daerah Kota Setar.

3.4 CIRI-CIRI FIZIKAL

Bagi melihat ciri-ciri fizikal kawasan perindustrian Mergong, pengkaji telah mengenalpasti ciri-ciri bentuk muka bumi, iklim dan cuaca, tumbuh-tumbuhan semulajadi serta saliran dan perparitan di Daerah Kota Setar.

Read also  Geopolitics and International Affairs

3.4.1 Bentuk Muka Bumi :

Kawasan daerah Kota Setar terdiri daripada kawasan tanah pamah yang landai. Dianggarkan sebanyak 85% daripada kawasan di Daerah Kota Setar adalah kawasan tanah pamah. Di kawasan tanah pamah ini, pelbagai jenis aktiviti dijalankan seperti, perindustrian, perniagaan, kawasan pentadbiran, kawasan perumahan, kawasan bandar, kawasan pertanian dan lain-lain. Kawasan tanah pamah sangat sesuai dibangunkan sebagai pusat bandar dan pembinaan sistem pengangkutan yang baik.

Daerah Kota Setar disaliri oleh 3 buah anak sungai iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali, dan Sungai Alor Terus. Kawasan tanah pamah yang luas ini juga telah mempengaruhi kegiatan ekonomi penduduk. Contohnya, kawasan tanah pamah yang luas dan subur serta sistem saliran yang baik telah membolehkan kebanyak penduduk menjalankan kegiatan pertanian. Terdapat sedikit kawasan tanah tinggi di daerah Kota Setar. Kawasan tanah tinggi ini adalah kawasan di sekeliling Gunung Kerian. Kawasan di Gunung Kerian ini mempunyai kepadatan penduduk yang rendah serta sistem jalan raya yang kurang baik.

3.4.2 Cuaca dan Iklim :

Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa. Kedudukan ini menentukan jenis iklim yang dialami oleh sesebuah negara. Oleh itu, Kedah mengalami iklim Khatulistiwa atau iklim Hutan Hujan Tropika. Iklim jenis ini tidak mengalami musim panas atau musim sejuk yang nyata. Ini bermaksud, Malaysia mengalami panas dan lembap sepanjang tahun. Jumlah hujan atau nilai kerpasan minimum yang dicatat sekurang-kurangnya 60mm. Selain itu, perubahan suhu harian adalah antara 2°C (36°F) dan 5°C (41°F).

     Jumlah hujan yang turun di Alor Setar adalah mengikut musim dan masa. Jangkaan jumlah hujan sebulan di Alor Setar pada Januari dan Februari adalah kurang daripada 80mm. Keadaan ini adalah kerana keadaan cuaca yang sangat kering. Bermula dari bulan Mac hingga Oktober, jumlah hujan yang turun mula meningkat. Jumlah hujan yang turun pada masa ini adalah sebanyak 110-160mm. Pada bulan November, jumlah hujan yang turun meningkat iaitu antara 150-250mm. Pada masa ini, rebut petir diiringi dengan hujan lebat berlaku dengan kerap pada sebelah petang. Pada bulan disember pula, jumlah hujan mula berkurangan iaitu kurang daripada 150mm.

Selain itu, hujan di kawasan iklim Khatulistiwa mempunyai adalah lebat iaitu hujan perolakan. Kedah terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan di bahagian utara yang berhampiran dengan Negara Thailand. Thailand dan kawasan sekitarnya mengalami iklim Monsun Tropika. Ini menyebabkan negeri Perlis dan Kedah mengalami sedikit ciri iklim Monsun Tropika. Ini menyebabkan sesetengah kawasan di Negeri Kedah mempunyai perbezaan suhu yang ketara. Oleh itu, tumbuh-tumbuhan yang sesuai ditanam di bumi Kedah dengan iklim khatulistiwa adalah padi basah, kelapa sawit, getah, dan lain-lain.

3.4.3 Tumbuh-Tumbuhan Semulajadi :

Iklim dan cuaca merupakan faktor yang sangat penting mempengaruhi jenis tanaman atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan. Di daerah Kota Setar, tumbuhan yang sesuai ditanam adalah padi basah. Ini kerana tanah di daerah Alor Setar ini adalah tanih jenis alluvium. Tanih ini sangat sesuai untuk pertanian. Selain itu, tanaman yang sesuai adalah pelbagai jenis sayur-sayuran. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, kawasan di daerah ini telah digunakan untuk pertanian padi basah.

Petani-petani di kawasan ini kebanyakannya telah menjual tanah pertanian mereka untuk tujuan pembangunan seperti pembinaan kawasan perindustrian. Segelintir petani sahaja yang masih meneruskan aktiviti pertanian mereka kerana mereka masih mencintai tanah pusaka mereka. Ini menyebabkan petani-petani itu menerima pelbagai kesan daripada perindustrian yang juga terdapat di kawasan tersebut. Antara tanaman lain yang terdapat di kawasan ini adalah pokok pisang, getah dan lain-lain.

3.4.4 Sistem Perparitan dan Saliran:

Kawasan Mergong ini disaliri oleh 3 cawangan daripada Sungai Kedah iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali, dan Sungai Alor Terus yang saling berhubung antara satu sama lain. Ketiga-tiga sungai ini bermula dan bersambung dengan Sungai Kedah. Sungai Mempelam melalui kawasan perindustrian Mergong dan kawasan kediaman Kampung Mempelam. Sungai Gunung Sali merentasi kawasan perindustrian Mergong 1 dan Mergong 2. Sungai Alor Terus juga mengairi kawasan di pinggir kawasan perindustrian Mergong 1 dan Mergong 2 tetapi lebih banyak dilalui kawasan perniagaan di sekitar Mergong.

     Daerah Kota Setar juga disaliri oleh terusan yang terkanal iaitu Terusan Wan Mat Saman. Terusan ini merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia. Terusan sepanjang 36 km ini telah dibina pada tahun 1885. Terusan ini menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai di Gurun iaitu di selatan Kedah. Terusan Wan Mat Saman ini berfungsi ini mengairi kawasan pertanian padi di Kedah.

Read also  Research on New Zealand Tasman Glacier

3.5 KEPENDUDUKAN

Negeri Kedah mempunyai bilangan penduduk yang sederhana padat. Mengikut data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Kedah pada tahun 2009 adalah seramai 2 juta orang. Daripada angka ini, jumlah penduduk di Daerah Kota Setar mencatat bilangan penduduk yang paling ramai. Jumlah penduduk di Daerah Kota Setar adalah seramai 429,900 orang penduduk. Daripada jumlah ini, seramai 214,100 orang adalah lelaki dan 215,800 orang adalah perempuan.

Mergong adalah salah sebuah mukim yang terdapat dalam Daerah Kota Setar. Jumlah penduduk di mukim Mergong ini adalah seramai 20,300 orang iaitu 10,100 adalah lelaki dan 10,200 adalah perempuan. Bilangan penduduk di kawasan Mergong ini didapati meningkat berbanding pada tahun 2000. Pertambahan penduduk ini adlah disebabkan pembinaan kawasan perindustrian Mergong. Apabila kawasan perindustrian Mergong dibina, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk kerana pertambahan kemudahan jaringan jalan raya dan wujudnya banyak peluang pekerjaan. Oleh itu, terdapat pertambahan penduduk di kawasan Mergong ini.

3.6 KEGIATAN EKONOMI

Di Daerah Alor Setar, terdapat pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk setempat. Antara aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan adalah seperti pertanian, perindustrian, perniagaan dan lain-lain.

3.6.1 Pertanian

Sebelum kawasan Mergong ini dibangunkan sebagai kawasan perindustrian, kawasan ini adalah kawasan pertanian padi basah. Kawasan ini diusahakan oleh petani-petani tempatan di tanah pusaka. Pada mulanya, kawasan pertanian di Mergong ini adalah sangat luas. Apabila kawasan ini hendak dibangunkan dan dimajukan sebagai kawasan perindustrian, kebanyakkan tanah-tanah pertanian itu dibeli oleh pemilik-pemilik kilang. Ini kerana kebanyakkan golongan yang tiggal di kawasan Mergong pada ketika ini adalah golongan muda. Apabila kawasan ini dibina kilang dan dimajukan, guna tanah kawasan ini telah berubah daripada pertanian kepada perindustrian.

Pada masa sekarang, masih terdapat sebilangan kecil tanah yang masih digunakan sebagai pertanian. Kawasan ini diusahakan oleh sebilangan kecil petani yang kebanyakkannya adalah golongan tua yang sangat mencintai alam sekitar. Apabila kawasan ini digunakan untuk pertanian, kawasan ini akan mengalami masalah kerana tanah pertanian ini adalah berhampiran dengan kawasan perindustrian. Tahap kesuburan tanih pertanian ini agak terjejas berikutan kesan daripada pembinaan kawasan perindustrian di kawasan ini. Sungai Kedah yang menyaliri kawasan pertanian ini tercemar dengan sisa daripada kilang. Ini memberi kesan negatif kepada kegiatan pertanian di kawasan ini.

3.6.2. Industri Kilang

Mukim Mergong merupakan sebuah kawasan pertanian yang luas dan subur. Kawasan Mergong ini sangat subur kerana kedudukannya adalah berhampiran dengan Sungai Kedah yang melalui kawasan ini. Mergong kemudiannya dibangunkan sebagai kawasan perindustrian yang utama di Kedah. Di kawasan perindustrian ini, terdapat banyak kilang yang terdiri daripada pelbagai jenis perindustrian.

Terdapat 3 jenis industri di kawasan Mergong ini iaitu industri ringan, industri sederhana dan industri berat. Industri ringan di kawasan ini adalah kilang-kilang pembuatan bahan-bahan makanan seperti industri keropok, gula-gula dan sebagainya. Kilang-kilang yang berasaskan industri ringan ini adalah paling banyak di kawasan Mergong ini. Industri sederhana pula mempunyai bilangan yang kedua terbanyak di kawasan Perindustrian Mergong. Antara contoh-contoh kilang yang berasaskan industri sederhana adalah kilang pakaian, kilang perabot, kilang pembuatan kicap, kilang papan kilang pembuatan roti dan sebagainya.

Kategori industri ketiga adalah industri berat. Bilangan industri berat kawasan Mergong adalah paling sedikit. Walaupun bilangan industri berat ini adalah sedikit, tetapi kilang-kilang industri berat inilah yang telah menjadi titik permulaan kepada pembukaan kawasan Perindustrian Mergong ini. Antara kilang yang paling awal di buka di kawasan Perindustrian Mergong ini adalah Kilang Sime Tyres iaitu kilang pembuatan tayar yang terkenal. Antara kilang kilang lain yang mengusahakan industri berat adalah kilang beras, kilang pembuatan cecair nitrogen, kilang simen, kilang pembuatan tayar kenderaan berat, kilang pembuatan kapal dan bot-bot kecil, bengkel membaiki kereta.

Berdasarkan kepada laporan MBAS (2000), terdapat lebih 600 buah kilang di kawasan ini. Kilang-kilang yang terdiri daripada pelbagai jenis dan ketegori. Antara jenis industri yang utama di kawasan Mergong ini adalah industri ringan, industri pembuatan dan perkhidmatan serta industri berat. Kawasan perindustrian Mergong ini menyediakan lebih kurang 40,000 peluang pekerjaan kepada penduduk.

3.6.3 Perniagaan :

     Kawasan Mergong ini adalah sebuah kawasan yang sangat berhampiran dengan pusat bandar iaitu Bandaraya Alor Setar. Di kawasan Mergong ini, terdapat pelbagai aktiviti ekonomi. Antara aktiviti ekonomi yang utama di kawasan ini adalah aktiviti perniagaan. Aktiviti perniagaan adalah satu aktiviti ekonomi yang penting kerana ia akan menjana pendapat penduduk setempat yang berniaga. Selain itu, ia juga akan menyumbang kepada pendapatan dan menjana ekonomi negeri Kedah. Perniagaan adalah antara aktiviti yang penting kerana ia akan membawa kepada pertumbuhan penduduk di kawasan tersebut. Secara lahiriah, manusia memang suka akan kemajuan serta kawasan ekonomi seperti pusat bandar berbanding kawasan pedalaman yang kurang aktiviti perniagaan.

Read also  What is a city

Terdapat pelbagai jenis aktiviti perniagaan di mukim Mergong ini. Antaranya adalah perniagaan makanan, pakaian, tekstil, barang kemas, kedai menjual kereta dan motosikal, hotel, motel, kedai perabot, kedai papan. Selain itu, di kawasan Mergong juga terdapat ‘Hipermarket’ yang terkenal iaitu TESCO. Oleh itu, kawasan ini menjadi sebuah kawasan yang terkenal dengan pelbagai aktiviti perniagaan.

3.7 GUNA TANAH

Secara keselurahannya, guna tanah di Mergong adalah lebih kepada kegiatan ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, pertanian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Selain itu, penduduk dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk.

Antaranya adalah kawasan perindustrian Mergong. Kawasan perindustrian Mergong adalah sebuah kawasan yang luas. Ia meliputi lebih 600 buah kilang di kawasan ini. Kawasan perindustrian Mergong ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa 1 dan Fasa 2. Oleh itu, kawasan perindustrian Mergong ini merupakan sebuah tapak yang sangat luas dengan melibatkan pelbagai kegiatan perindustrian di kawasan tersebut. Terdapat pelbagai jenis industri di Mergong iaitu industri ringan, industri sederhana dan industri berat. Antara contoh industri ringan adalah kilang-kilang membuat bahan makanan seperti gula-gula, keropok dan lain-lain. Contoh industri sederhana pula adalah kilang papan, kilang perabot, kilang kayu, kilang kapas, kilang kicap, kilang pakaian, dan pelbagai jenis kilang lain. Contoh industri berat yang terdpat di kawasan perindustrian Mergong adalah kilang Sime Tyres, kilang simen, kilang besi dan keluli dan lain lain. Aktiviti kilang di kawasan perindustrian ini membawa pelbagai kesan terhadap penduduk dan alam sekitar. Kesan-kesan daripada perindustrian ini akan dibincang dalam bab 4 dan bab 5.

Guna tanah untuk kawasan perumahan adalah terhad. Kawasan Mergong ini yang pada asalnya adalah kawasan pertanian merupakan kawasan tumpuan penduduk. Pada masa sekarang, kawasan ini telah dibangunkan menjadi bandar dan pusat perindustrian. Oleh itu, tanah yang digunakan untuk tujuan perumahan menjadi semakin kurang. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk, kawasan perumahan ini adalah terhad di sebahagian kawasan sahaja. Ini kerana kebanyakan kawasan telah dibangunkan menjadi pusat ekonomi seperti bandar dan sebagainya. Kawasan Mergong ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai kerana terdapatnya peluang pekerjaan yang banyak serta taraf hidup penduduknya juga tinggi. Oleh itu, penduduk di kawasan Mergong ini kebanyakannya adalah penduduk yang baru berpindah ke kawasan itu. Ini kerana, kawasan perumahan di Mergong ini boleh dianggap sangat baru. Oleh kerana kawasan Mergong tidak mempunyai tanah yang mencukupi untuk perumahan, rumah-rumah yang dibina adalah rumah jenis flat. Ini adalah kerana masalah kekurangan tanah dan bilangan penduduknya yang ramai.

Di kawasan Mergong, terdapat beberapa sekolah yang dibina. Antaranya adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Mergong, Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) dan Sekolah Menengah Agama Kedah. Sekolah-sekolah ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan. Semua sekolah ini adalah antara sekolah-sekolah yang utama dan terkenal di Kedah.

Selain itu, di kawasan Mergong juga terdapat kawasan pertanian. Pada mulanya kawasan pertanian ini merupakan kawasan pertanian sangat luas. Kawasan pertanian ini ditanam dengan padi basah. Apabila kawasan mergong mula dibangunkan, tanah-tanah pertanian tersebut diubah kepada pembangunan kawasan perindustrian. tanah-tanah pertanian itu dibeli dan di ambil alih oleh kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang inging menggunakan tanah tersebut. Oleh itu, kawasan pertanian di Mergong mula berkurangan.

Guna tanah lain di kawasan Mergong ini adalah pembinaan kemudahan Perhentian Bas Ekspres di Alor Setar iaitu Perhentian Shahab Perdana. Semua bas yang datang ke Alor Setar dari pelbagai tempat seperti dari Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya akan berhenti di perhentian ini.

BANK, TESCO, SEK RENDAH, SEK, MENENGAH, UNIVERSITY INSANIAH,PASAR BORONG, PUSAT FUTSAL, PUSAT KESIHATAN MERGONG,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR, KOMPLEKS PENERANGAN DI SHAHAB PERDANA,HOTEL/MOTEL, PUSAT PENJUALAN KERETA, PEJABAT JPJ

3.8 PEMBANGUNAN DAERAH MERGONG

3.9 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

3.9.1 Bekalan Elektrik

3.9.2 Bekalan Air

3.9.3 Hubungan telefon

3.9.4Hospital dan Kemudahan Kesihatan

3.9.5 Lain-lain Kemudahan

3.10 SISTEM PENGANGKUTAN

3.11 KESIMPULAN

http://images.google.com.my/imglanding?q=map%20kedah&imgurl=

http://www.about-malaysia.com/kedah/images/map-kedah.gif&imgrefurl=http://www.about-malaysia.com/kedah/&usg=__UgDwddpNj3b9l5tme89hXaCYaQg=&h=212&w=206&sz=6&hl=en&um=1&itbs=1&tbnid=G49LrsUsXtHK3M:&tbnh=106&tbnw=103&prev=/images%3Fq%3Dmap%2Bkedah%26start%3D36%26um%3D1%26hl%3Den%26sa%3DN%26ndsp%3D18%26tbs%3Disch:1&start=44&um=1&sa=N&ndsp=18&tbs=isch:1#tbnid=G49LrsUsXtHK3M&start=48

Order Now

Order Now

Type of Paper
Subject
Deadline
Number of Pages
(275 words)