Penanda wacana

PENANDA WACANA

1.0 PENGENALAN

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu . Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Penanda wacana juga boleh didefinisikan sebagai perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Senadainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

2.0 ANALISIS  TEKS CERPEN

Sebagai penganilisa terhadap sebuah cerpen bagi mengenalpasti pengunaan penanda wacana cerpen “Penulisan Psikologi” telah pun diterokai dan telah mengenalpasti beberapa penanda wacana. Berikut, adalah contoh penanda wacana dan penggunaanya.

  1. Penanda wacana Jenis Tambahan
  2. Dan

    Penanda wacana dan biasanya digunakan untuk menyampung dua ayat atau penyataan

  • Biasanya Nina akan bermuram durja selepas pementasannya dan tidak bergaul dengan teman-temannya yang sama bergiat aktif dalam dunia pementasan.
  • Pun

    Penanda wacana Pun digunakan untuk menggambarkan situasi atau benda yang sama

  • Pada hakikatnya, Nina tiada perasaan cinta pun pada Indra
  • Penanda wacana Jenis bandingan
  • Selain itu

    Selain itu digunakan untuk menunjukkan perbandingan maksud

  • Selain itu juga Nina memang sedar dari dulu lagi yang Nina ni jambu gila. Sebab itu awak ajak saya makan di restoran yang “posh” ini kan?” Nina membalas dengan nada gurauan.
  • Bahawa

    Sebab disebalik apa yang berlaku pada mula-mula situasi

  • Teman-teman mereka yang lain sudah dapat meneka bahawa Nina dan Indra sedang asyik bercinta
  • Penanda wacana Jenis Pertentangan
  • Tetapi

    Jenis penanda wacana ini digunakan untuk menunjukan pertentangan dengan satu ayat dengan satu ayat

    • Tetapi kita mesti nikah dulu.
  • Penanda wacana jenis waktu
  • Sewaktu

    Penanda wacana seketika digunakan untuk menggambarkan masa sesuatu keadaan

    • Sewaktu tiba di tempat tugas Indra, Nina terlihat kemesraan yang intim antara Indra dan seorang perempuan yang jelita.
  • Penanda wacana jenis Akibat
  • Jenis penanda wacana ini digunakan untuk menunjukan akibat

  • Akibatnya ia  berterusan selama beberapa minggu
  • Penanda wacana jenis Penjelasan
  • Menunjukkan penjelasan atau untuk mengukuhkan sesuatu penyataan

    • Sebenaranya Indra terkejut benar dengan keadaan yang dilihatnya.
    Read also  Negocios Exitosos
  • Penanda wacana jenis Syarat/harapan
  • Untuk menunjukkan sesuatu syarat atau harapan

    • Semoga Indra sungguh bahagia sehingga terlupa bahawa Kak Suria akan datang ke rumahnya.
  • Penanda wacana jenis Sebaliknya/alternatif
  • Untuk menunjukkan hal sebaliknya atau kaedah alternaf bagi sesuatu penyataan

    • Meskipun kakak silap, Indra. Nina masih dihantui kisah silam.
  • Penanda wacana Kesimpulan
  • Untuk menyatakan kesimpulan atau pun konkulasi bagi sesuatu penyataan

    • Akhirnya Indra kelu tidak terkata
  • Penanda wacana Urutan
  • Untuk menunjukkan turutan sesuatu penyataan

    • Pertama kali kakak cakap jangan terus tidur tanpa cuci muka dan solat. Kenapa Nina degil sangat ni? Nina kan tahu kelemahan Nina.

    3.0 RENCANA

    PERANAN WANITA DALAM MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI

    Kita sering mendengar slogan yang berbunyi .Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang berjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan . Dan tangan yang menghayun buaian itu, oleh menggoncang dunia. Meskipun, kaum wanita itu dilihat sebagai golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan. Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan perbicangan selanjutnya. Pertama kali .peranan wanita. dapat didefinisikan sebagai suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan .melahirkan pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata .generasi yang berkualiti. merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secara keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan. Sebernarnya dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibu memperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. Nur Amalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun 2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah .Ibu Mithali. Yang disediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang membanggakan. Tetapi Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata .kasih ibu membawa ke syurga. dan .syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Selain kita melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita mampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat. Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Sewaktu kaum wanita setanding kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria. Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuah organisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan .Kepemimpinan Melalui Teladan.. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar negara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang Gabenor Bank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa. Dalam menyahut seruan .Malaysia Boleh. misalnya, kita berbangga dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi wanita pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi muda untuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda. Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru, biasa disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya, sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada di belakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir Mohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranan dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara. Semoga, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan generasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Akibatnya Kita dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasa meyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti. Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Akhirnya kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Read also  Wat waren de belangrijkste atoomprojecten
    Order Now

    Order Now

    Type of Paper
    Subject
    Deadline
    Number of Pages
    (275 words)