Kemiskinan

Perbezaan Program Pembasmian Kemiskinan di Indonesia dan Malaysia

Pendahuluan

Kemiskinan masih menarik perhatian banyak pihak, termasuk para ahli akademik di berbagai bidang kajian. Kajian tentang kemiskinan selalunya melibatkan faktor ekonomi, sosial, budaya dan juga politik (Jamasy, 2004: 2). Ahli sejarah dan perbandingan kemiskinan mendefinisikan kemiskinan melalui satu garisan (continuum), kemahuan (want) bermula dari kebuluran, saradiri (subsistence), sosial coping dan akhir sekali partisipasi sosial. (George dan Howards, 1991: 2). Walau bagaimanapun, kemiskinan merupakan sebagai suatu masalah kehidupan sosial didalam masyarakat dunia ketiga, bukan hanya wujud pada masyarakat luar bandar, tetapi juga bandar. Seperti halnya dituliskan oleh ahli-ahli sosiologi, politik dan ekonomi di Indonesia, yang menyatakan bahawa kemiskinan termasuk dalam permasalahan sosial, tetapi apa yang menyebabkannya dan bagaimana mengatasinya tergantung pada ideologi yang dipergunakan (Oman Sukmana, 2005: 132). Maksud daripada ideologi ini adalah tergantung daripada bagaimana pentadbir negara menyelesaikannya.

Para ahli sains sosial telah mengumpulkan berbagai statistik untuk mengetahui betapa meluasnya fenomena kemiskinan yang berlaku di seluruh dunia dengan berpautan kepada beberapa petunjuk tertentu. Antara lain, kekurangan makanan, perkiraan usia purata dilahirkan, seberapa luas ketidaktahuannya dan lain-lain (Mohd Razali Agus, 2005: 36). Oleh sebab makanan merupakan keperluan asas untuk hidup dan pelbagai jenis kekurangan berlaku keatas diri seseorang. Namun apabila makanan sudah terpenuhi seseorang akan mencari perlindungan dengan membina rumah yang layak didiami sehingga seseorang itu akan mudah meneruskan kehidupannya. Di samping kedua-dua ukuran biologikal dan fizikal tersebut, telah ditambahkan pula kurang pendidikan sebagai indikator yang berkaitan dengan kemajuan sosial (Nabil Subhi ath-Thawil, 1985: 40). Untuk mencapai kemajuan sosial tersebut diperlukanlah pembangunan.

Pembangunan ditakrifkan sebagai sekumpulan usaha manusia yang dilakukan secara merdeka, terancang dan berterusan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, matlamat asas pembangunan adalah memberdayakan manusia sebagai insan yang merdeka supaya dapat mencapai taraf kehidupan dan keadilan sosial yang lebih baik, ringkasnya, pembangunan bertujuan untuk memperkaya kehidupan manusia atau enriching human lives (Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin, 1998: V).

Oleh sebab itu pembangunan dapat dikatakan sebagai sekumpulan program atau projek untuk memperbesar peluang manusia dalam mempertahankan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan, mempertinggi aksesibiliti dan memperkuat penyertaan yang menunjukkan petunjuk tentang kedudukan manusia sebagai diutamakan (put people first), merujuk kepada pentakrifan diatas pembangunan sosial dan ekonomi bertujuan untuk mensejahterakan sama ada manusia ataupun masyarakat. Secara tidak langsung mensejahterakan manusia dan masyarakat ialah membasmi kemiskinan dalam bentuk apapun (Muhamad Fadhil Nurdin, 1999: 18). Unsur manusia merupakan faktor kunci dalam pembangunan kerana manusia sebagai subjek atau pelakon sekaligus objek atau tujuan pembangunan. Ini bermakna bahawa pencapaian pembangunan adalah bergantung kepada kebolehan manusia dalam menterjemahkan berbagai isu pembangunan kemudian menggubal dasar dan merancang strategi pembangunan. Seterusnya, untuk melaksanakan pembangunan tersebut diperlukanlah, program dan projek pembangunan serta mengawal prosesnya termasuk alokasi dan distribusi sumber-sumber atau faktor-faktor produksi, untuk membasmi kemiskinan (Chamshuri Siwar dan Mohd Haflah Piei, 1988: 14).

Isu kemiskinan negara-negara yang sedang membangun selalunya menjadi perbincangan yang menarik untuk dibahas di negara-negara maju. (Surathman Kastin Hassan, 1996: 70). Namun para penyelidik sosial kurang memperhatikan bahawa di bandar-bandar besar masih banyak masyarakat miskin yang perlu diberi perhatian. Kepesatan pembangunan sesebuah bandar merupakan daya tarikan kepada masyarakat kampung untuk berpindah dan merasakan bagaimana rasa kehidupan bandaraya (Mohd Razali Agus, 2005: 3)

Keadaan dan masalah kemiskinan dalam bandar, selalunya wujud didalam kawasan-kawasan setinggan di kawasan pinggiran bandar. Selama ini isu kemiskinan sering dihubungkaitkan dengan keadaan masyarakat luar bandar seperti di kampung yang terpencil ataupun kampung yang mundur (Mohd Razali Agus dan Yazid Saleh, 2004: 144).

Latar Belakang Kajian.

Kajian ini menyelidiki perbandingan program kerajaan dalam membasmi kemiskinan pada masyarakat miskin di bandar yang terpinggirkan antara Malaysia dan Indonesia, kerana selama ini mereka selalunya dianggap hanya sebagai masyarakat pelengkap para penduduk kaya di bandar-bandar besar, tanpa diperhatikan kebutuhan asasnya. Masyarakat miskin ini bekerja di sektor informal bandar dengan pendapatan yang rendah untuk bertahan hidup di bandar-bandar besar. Terdapat warga bandar yang tidak punya pekerjaan tetap dan melakukan jenayah sekadar untuk mempertahankan hidup (Mohd Razali Agus, 1995: 105). Bandar-bandar Malaysia dan Indonesia mempunyai ciri-ciri penduduk yang hampir sama, sehingga memungkinkan suatu kajian perbandingan dilakukan (Edi, 1997: 35). Tingkat penghijrahan ke bandar-bandar besar di kedua-dua negara ini mempunyai tingkat yang hampir sama di negara-negara Asia Tenggara, selain Thailand dan Filipina. Tingkat penghijrahan ini disebabkan kekurangan seimbangannya pembangunan antara bandar dan luar bandar (Mohd Razali Agus, 2005: 76).

Fenomena sosial seperti kemiskinan sendiri masih wujud di bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia dan kota Bandung, Indonesia. Oleh kerana kemiskinan merupakan satu bidang kajian sosiologikal yang bukan sahaja dikaji sebagai suatu permasalahan dalam kehidupan masyarakat bandar, tetapi juga termasuk berbagai program kerajaan dalam pembasmian kemiskinan bandar. Pengambilan kes di bandaraya Kuala Lumpur dan kota Bandung ini kerana kedua-dua bandar ini memiliki ciri yang khas merupakan pusat perniagaan, pendidikan dan pelancongan. Oleh kerana itu adalah wajar jika kebanyakan warga yang tinggal di kawasan ini yang terdiri bukan daripada hanya terdiri warga tempatan, dan tetapi juga warga pendatang asing. Kuala Lumpur memiliki lebih kurang 22 institusi pengajian tinggi, termasuk awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kemudian beberapa pusat perniagaan yang besar terdapat di sekitaran Kuala Lumpur, begitu juga di Bandung yang memiliki lebih kurang 3 universiti awam (IPTA) dan 14 kolej swasta (IPTS), serta tempat perniagaan besar yang menyebar di seluruh kota Bandung. Jika di bandaraya Kuala Lumpur penduduk tempatan (lokal) adalah terdiri daripada warga Melayu dengan pendatangnya adalah warga etnik-etnik lain seperti Cina, India, dan Arab. Sedangkan penduduk tempatan di Bandung adalah etnik Sunda dan warga pendatangnya adalah etnik-etnik Melayu Jawa, Melayu Sumatera, Cina dan lain-lain (Diknas Kota Bandung, 1998: 3).

Pelaksanaan program-program pembangunan negara telah dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Malaysia. Kemajuan yang cemerlang dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru, pada tahun-tahun 1970-an penglibatan kerajaan begitu kentara sekali dalam kegiatan-kegiatan ekonomi menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan perindustrian, perniagaan dan sebagainya. Penglibatan sedemikian dapat dilakukan kerana ekonomi negara pada saat itu adalah kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan Malaysia juga kuat. Tambahan pula pada masa itu sektor swasta pada umumnya tidak mampu memainkan peranan sedemikian (Mohd Razali Agus, 2001: 19).

Kemelesetan ekonomi di kedua-dua negara yang melanda hampir semua negara di Asia memaksa kerajaan melihat kembali peranannya. Kedudukan kewangan kerajaan dan hutang negara yang tinggi tidak memungkinkan ia menampung satu perkhidmatan awam yang besar saiznya. Disamping itu didapati setengah-setengah perusahaan awam tidak dapat dikendalikan dengan baik kerana kelemahan-kelemahan pengurusan, kurang pengalaman dan sebagainya. Ini termasuklah masalah perumahan bagi rakyat miskin, usaha yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk di Malaysia telah diteruskan melalui

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan teras utama dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-0055 serta Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000 (Mohd Razali Agus, 2001: 23). Matlamat utama dasar pembangunan negara ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dapat dicapai, terutama melalui pembangunan perumahan kos rendah bagi orang-orang yang masih mendiami rumah setinggan (Mohd Razali Agus, 2001: 21). Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebagainya (Mohd Razali Agus, 2005: 22).

1

1995

1997

1999

Jumlah

Bandar

Kampung

Jumlah

Bandar

Kampung

Jumlah

Bandar

Kampung

Warganegara

Malaysia

Kadar Kemiskinan

%

8.7

3.6

14.9

6.1

2.1

10.9

7.5

3.4

12.4

Bilangan isi Rumah Miskin

‘000

365.6

83.8

281.8

274.2

52.4

221.8

351.1

86.8

264.3

Kadar Ketermiskinan

%

2.1

0.9

3.6

1.4

0.4

2.5

1.4

0.5

2.4

Bilangan Isi Rumah Termiskin

‘000

88.4

20.1

68.3

62.4

10.6

51.8

64.1

13.5

50.6

Jumlah Isi Rumah Miskin

‘000

4,212.3

2,315.8

1,896.5

4,488.1

2,449.8

2,038.3

4,681.5

2,548.0

2,133.5

Keseluruhan

Kadar Kemiskinan

%

9.3

4.1

15.6

6.8

2.4

11.8

8.1

3.8

13.2

Bilangan Isi Rumah Miskin

‘000

418.3

99.3

319.0

332.4

64.9

267.5

409.3

102.7

306.6

Kadar Ketermiskinan

%

2.1

0.9

3.5

1.4

0.5

2.4

1.4

0.6

2.4

Bilangan Isi Rumah Termiskin

‘000

94.0

21.8

72.2

67.5

12.2

55.3

7.1

15.6

55.5

Jumlah Isi Rumah

‘000

4.497.7

2,449.7

2,048.0

4,924.0

2,660.1

2,263.9

5,047.0

2,725.9

2,3211

Jadual 1.2

Kadar Kemiskinan dan Bilangan Isi Rumah Miskin Malaysia (1995-1998)

Sumber :

Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-2005, 2001 :61, Mohd Razali Agus, 2000 : 86

Untuk mencapai pembangunan perumahan yang seimbang seperti yang ditekankan oleh Dasar Pembangunan Nasional, beberapa strategi baru telah diperkenalkan. Ini termasuklah dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas industri perumahan, meningkatkan pembangunan sumber daya manusia dalam sektor perumahan, menggalakkan usaha peningkatan teknologi dalam sektor perumahan dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur antara sektor perumahan bandar dan perumahan luar bandar serta antara wilayah maju dan wilayah mundur (Mohd Razali Agus, 2001: 1-2).

Sehingga kerajaan telah ikut serta dalam program ini dalam pembangunan perumahan dan melalui projek penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan. Bahkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan Keenam (1986-1995), program-program perumahan telah dilaksanakan dalam konteks konsep petempatan manusia (Mohd Razali Agus, 2001: 33). Di bawah ini penyediaan kemudahan-kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan dewan masyarakat ditekankan, sebagai tambahan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan pengenal pastian peluang-peluang ekonomi. Ini merupakan satu kesinambungan bagi strategi pembangunan perumahan untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan untuk mempertahankan perpaduan nasional.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), sektor awam telah merancang untuk membina 385,570 unit rumah kos rendah, tetapi hanya 45 % sahaja yang telah siap dibina. Dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), 602,723 unit rumah telah dirancang untuk dibina oleh kedua-dua sektor awam dan swasta. Walau bagaimanapun, hanya 24,430 unit sahaja yang telah dibina oleh sektor awam (Unit Bancian DBKL, 1991: 121). Masalah perumahan banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan, terutamanya kesukaran untuk mendapatkan hak milik tanah, sijil kelayakan menduduki rumah, kerosakan rumah-rumah siap dibina, kelewatan menyiapkan projek tersebut serta projek-projek yang terbengkalai. Pada akhir tahun 1991, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah menganggarkan terdapat 173 projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan 40,363 unit rumah dan 26,129 pembeli rumah (Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 1991: 376). Pada tahun 1991 adalah dianggarkan jumlah keseluruhan projek-projek yang terbengkalai adalah RM 1,918.4 juta (Mohd Razali Agus, 2001: 23). Pembangunan perumahan kos rendah telah dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan bandar (Utusan Malaysia, 1996: 1). Setinggan ini juga ditulis oleh Mohd Razali Agus sebagai Masyarakat setinggan sering dihubungkaitkan dengan masalah kemiskinan, maka tindakan-tindakan penyelesaian masalah setinggan diharap dapat menyelesesaikan masalah kemiskinan (Mohd Razali Agus dan Melasutra Md Dali, 2004: 149)

Read also  Oil And Energy Industry In UAE

Pelaksanaan projek PPR (Projek Perumahan Kos Rendah) bersepadu telah diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan jugaJemaah Menteri bagi mengatasi masalah dan menempatkanpenduduk setinggan yang masih ramai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai pemerintah yang bertanggungjawab dan sentiasa merealisasikan harapan rakyat serta prihatin kepada permasalahan perumahan yang dihadapi oleh penduduk setinggan danjuga golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah positif dengan segera untuk membina lebih banyak rumah kos rendah akan memenuhi keperluan mereka.

Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) bersepadu dimana35,000 unit rumah kos rendah akan dibina disekitar ibu kota dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2005, sesuai dengan rancangan kerajaan untuk setinggan sifar pada akhir tahun 2005 (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 38). Langkah tersebut adalah membuktikanbahawa kerajaan Malaysia begitu serius, komited dan bertanggung jawab dalam menunaikan janji kepada rakyat bagi menyediakan perumahan yang selesa kepada keluarga setinggan dan golongan berpendapatan rendah supaya golongan tersebutakan dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih sempurna (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 39).

Pelaksanaan projek PPR bersepadu ini sedang rancak dijalankan. Sejak mula dirancang pada awal tahun 2000, sembilan belas projekPPRbersepadu sedang dalam peringkat pelaksanaan disekitar Wilayah Persekutuan, KualaLumpur (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 45). Bagi projek PPR Lembah Pantai, Kerinchi ini, kerajaan akan menyediakan 2,844 unit rumah yang akan siap dibina dalam tempoh 28 bulan (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 251). Pelaksanaan program PPRini adalah merupakan salah satu usaha kerajaan dalam merangsang pertumbuhan negara di samping memulihkan panorama ibu kota daripada penempatansetinggan menjelang tahun2010 (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 35).

Bandaraya Kuala Lumpur dengan kemegahan bandarayanya yang megapolitan masih menghadapi permasalahan sosial seperti kemiskinan yang secara struktural dilihat dari segi kewujudan rumah setinggan ditengah-tengah gedung-gedung dan bangunan yang menjulang tinggi. Hal ini dibuktikan dengan masih adanya sebuah kawasan setinggan yang masih banyak rumah setinggannya atau kawasan sesak, di daerah Kampung Kerinci. Beberapa program penempatan semula rumah setinggan untuk warga kampung ini telah dilakukan oleh kerajaan dan sudah dilaksanakan oleh kerajaan dengan membina pangsa untuk mereka. Namun hingga kini warga Kampung Kerinci Bukit B Federal Highway ini enggan untuk pindah dari kampungnya sehingga kerajaan sukar untuk membangunkan semula kawasan Kampung Kerinci ini. Projek PPR telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan setempat, namun mereka mengalami kesulitan yang menghalang kemajuan kerajaan setempat untuk menempatkan kembali warga Kampung Kerinci di kawasan yang sudah disediakan oleh kerajaan secara kemas, sehingga memenuhi syariat Islam (Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004: 33).

Sebagai perbandingan kota Bandung sebagai bandar keempat terbesar di Indonesia setelah Jakarta, Surabaya dan Medan yang diwujudkan sebagai kota yang berwawaskan pada kegiatan perniagaan serta matlamat utamanya saaat ini menjadikan kotanya sebagai kota metropolitan, masih terdapat beberapa tempat yang masih terdapat banyak warga masyarakatnya yang berpendapatan tidak tetap serta tidak jarang yang menganggur secara mutlak.

Diambilnya bandar Bandung sebagai lokasi pembasmian disebabkan masyarakat miskin yang ada di bandar Bandung mengalami peningkatan yang cukup signifikan diakibatkan dampak kemelesetan ekonomi yang berkepanjangan. Hal ini dapat dilihat di beberapa daerah yang padat akan penduduk miskin ini dan isu pengangguran ini sangat identik dengan kemiskinan. Bandar Bandung berfungsi sebagai bandar yang disandangnya iaitu sebagai pusat pemerintahan dari Kerajaan Negeri (Propinsi) Jawa Barat, pusat pendidikan, pusat perdagangan, pusat pelancongan, dan pusat industri. Sehingga dengan fungsi bandar sebesar itu kemampuan memiliki jumlah penduduk yang setiap tahunnya terus meningkat. Kepadatan penduduknya meningkat, sehingga mencapai pertumbuhan 3.25% (1980 – 1990) yang terdiri dari 146 orang/hektar untuk kepadatan penduduknya disebabkan pertumbuhan semula jadi dan akibat arus urbanisasi (BPS, 1991: 23). Luas wilayah 16,730 hektar dengan terdiri dari 6 wilayah pembantu (Divisi Pemerintah), 26 kecamatan (District) dan 135 desa/kelurahan (Kampung (Sub-District)) dengan letak 10’70 BT dan 60’55 LS secara Geomorpologis dan terletak antara gunung Tangkuban Perahu, Burangrang, Malabar dan sebagainya (Badan Pusat Statistik Bandung, 1991: 34). Alamnya secara topografi miring ke selatan dan berbukit di bahagian utara, dengan ketinggian 675 meter di atas permukaan laut untuk bahagian selatan dan 1,050 meter di bagian utara (Pemda Bandung, 1999: 19), menjadikan bandar Bandung memiliki posisi yang sangat strategik daripada daerah-daerah sekitarnya.

Dengan pertambahan jumlah penduduk yang cukup signifikan, maka salah satu permasalahan kota besar di Indonesia ini adalah kemiskinan dan kepincangan perancangan bandar (tata kota,) serta kemelesetan ekonomi yang berkepanjangan sejak tahun 1997 juga mengakibatkan permasalahan terhadap berbagai sektor kehidupan (BPS, 2002: 78). Dampak dari kemelesetan tersebut seolah-olah telah menghancurkan hasil pembangunan yang telah berjalan sekian lama serta harapan akan adanya perbaikan kualiti hidup disebabkan pemenuhan keperluan hidup yang tidak dipenuhi oleh masyarakat miskin. Pada sektor sosial, hal yang paling signifikan mempengaruhi adalah menyebabkan meningkatnya pengangguran akibat pemutusan hubungan kerja oleh syarikat-syarikat tempatnya bekerja (BPS, 2000: 28).

Seiring dengan berkurangnya lapangan pekerjaan, menurunnya kesempatan berusaha akibat kos kehidupan semakin tinggi serta tidak sesuai lagi dengan kemampuan daya beli masyarakat secara awam. Semakin tingginya harga barangan di bandar menyebabkan penduduk bandar menghadapi kehidupan sosial yang sukar untuk memenuhi keperluan hidupnya (Mohd Razali Agus, 1992: 33-48). Sehingga secara signifikan angka kemiskinan mengalami peningkatan, dimana angka bancian statistik mencatat pada tahun 1999 menunjukan tidak kurang dari 40 % atau sekitar 80 juta rakyat Indonesia berada di bawah garis kemiskinan (Media Indonesia, 1999: 5).

Kajian Kes

Dalam Jadual 1.1 dibawah dapat kita lihat bahawa jumlah penduduk miskin di kota dan di kampung dari tahun 1984-1998 mengalami pengurangan sedikit demi sedikit, itu menandakan bahwa program pembasmian kemiskinan dari kerajaan pusat boleh dikatakan berhasil (Media Indonesia, 1999: 5) Akan tetapi pada tahun 1998 mengalami peningkatan hampir 3 kali lipat dari angka penduduk miskin terakhir pada tahun 1996. Ini disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang melanda Indonesia pada pertengahan tahun 1997, sehingga pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan seakan kurang berhasil ataupun tidak sesuai dengan sasaran kerajaan pusat.

Jadual 1.1

Perkembangan Jumlah Penduduk Miskin di Indonesia

(Juta)

No

Wilayah

1984

1987

1990

1993

1996

1998

1

Bandar

9.3

9.7

9.4

8.7

7.2

22.6

2

Luar Bandar

25.7

20.3

17.8

17.2

15.3

56.8

JUMLAH

35

30

27.2

25.9

22.5

79.4

Sumber:

Media Indonesia, Indonesia dalam angka 1998

Dengan meningkatnya kemiskinan di Indonesia, beberapa program telah diiktirafkan oleh Kerajaan Indonesia untuk membasmi permasalahan tersebut. Pada awal tahun 2000 program-program tersebut dititikberatkan pada pemberian bantuan yang bersifat sementara seperti pengadaan program Operasi Pasar Khusus (Khas), serta beberapa program JPS (Jaring Pengaman Sosial (Social Safety Net)). Program JPS tersebut diarahkan untuk tindakan penyelamatan terhadap masyarakat yang mengalami kemelesetan ekonomi secara langsung iaitu masyarakat golongan miskin. Akan tetapi program tersebut tidak dapat dikekalkan seterusnya disebabkan tidak adanya pemulihan dan berkelanjutan dari program JPS yang sudah sedia ada. Salah satu usaha kerajaan Indonesia dalam membasmi kemiskinan adalah Projek Pembasmian (Penanggulangan) Kemiskinan Perkotaan (Bandar) (P2KP).

Sementara itu Program P2KP ini dimulai pada tahun anggaran 1999/2000. Program ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan struktural maupun yang diakibatkan kemelesetan ekonomi dengan ruang lingkupnya adalah bandar-bandar besar di Indonesia. Pendekatan pada P2KP ini iaitu menganut pendekatan penyertaan (pemberdayaan) masyarakat sehingga adanya peran masyarakat sendiri dalam usaha pembasmian kemiskinan. Namun juga bersifat strategik dalam program ini disiapkan landasan berupa institusi masyarakat yang semakin menguat, sehingga diharapkan pada masa yang berikutnya upaya pembasmian kemiskinan dapat dijalankan sendiri oleh masyarakat secara mandiri dan berkelanjutan.

Kerajaan menyalurkan dana sebesar Rp 900 Billion (±RM 360 juta) untuk P2KP, dana tersebut diperoleh dari pinjaman lembaga-lembaga penaja terutama Bank Dunia kepada kerajaan Indonesia (Tim P2KP Pusat, 2004: 31). Dalam pelaksanaannya P2KP di tingkat pusat telah dibentuk suatu pasukan koordinasi P2KP Pusat yang terdiri: Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional), Departemen Keuangan, Departemen Dalam Negeri, Departemen Pekerjaan Am. Tim Koordinasi pusat ini berperanan memberikan pengarahan mengenai rencana Program P2KP di wilayahnya. Untuk keperluan pentadbiran dan penyelarasan maka Tim Koordinasi Pusat membentuk pejabat Setia Usaha (Sekretariat) P2KP pusat yang berkedudukan di Bappenas (Badan Perencanaan dan Pembangunan Nasional) serta terdiri dari lembaga yang ada dalam Pengawasan Pusat.

Untuk melaksanakan tugasnya sekretariat P2KP Pusat dibantu oleh Konsultan (Penyelaras) Manajemen Pusat (KMP) yang terdiri dari ahli-ahli yang mempunyai kemampuan dalam aspek teknik dan pengurusan dalam pengelolaan projek untuk skala nasional. Pada tingkat wilayah, ditempatkan Konsultan (Penyelaras) Manajemen Wilayah (KMW) yang masing-masing menangani satu Satuan Wilayah Kerja (SWK). KMW ini kedudukannya di bawah KMP, terdiri dari berbagai ahli yang mampu menangani aspek pendampingan kepada masyarakat miskin di wilayahnya. Untuk memperoleh dana pinjaman dari P2KP masyarakat miskin di lokasi Kelurahan (Balai-balai Kampung) telah membentuk suatu kelompok usaha bersama yang dinamakan Kelompok Swadaya Masyarakat (KSM). Dengan terbentuknya kelompok usaha bersama diharapkan adanya kerjasama saling membantu dan bekerjasama untuk mengembangkan usaha produktif dan meningkatkan taraf hidupnya. KSM beranggotakan minimum 3 orang dari rumah tangga berbeza, yang tersusun berdasarkan kegiatan atau minat yang sama. Kegiatan KSM yang dapat diajukan untuk dibiayai oleh P2KP terdiri dari 3 Rang kegiatan iaitu Usulan Kegiatan Ekonomi Produktif, Rang Kegiatan Sarana dan pra-Sarana Pemukiman Fizikal dan Rang Kegiatan Pelatihan dan Keterampilan.

Disetiap balai-balai kampung penerima bantuan wujud Badan Keswadayaan Masyarakat (BKM) sebagai sama ada wadah ataupun forum pengambilan keputusan dalam kegiatan P2KP serta sebagai penjaga kelestarian dan keberlangsungan program di wilayah kampung tersebut (Tim persiapan P2KP, 1999: 10). Kaki tangan warga yang diakui komitmennya oleh masyarakat kampung sebagai penyelaras P2KP. BKM mempunyai tanggung jawab untuk menyelaraskan pengelolaan dana tahunan di masyarakat wilayah bantuan dan menentukan masyarakat mana yang layak untuk diberikan bantuan pinjaman. Dalam pelaksanaan Kegiatan Pengelolaan Keuangan (UPK) yang berperanan membantu BKM itu sendiri dalam pencatatan dan penyaluran dana yang disediakan setiap tahun pada KSM.

Read also  Special Economic Zone Around The World Economics Essay

Rajah 1.2

Struktur Organisasi Pelaksanaan P2KP

Garis Hubungan Komando/struktural

Garis Hubungan Koordinsi Pelaksanaan, Pembinaan, Pendampingan

Garis Hubungan Kontraktual

Garis Hubungan Kerja Tadbir

Sumber:

(Pedoman Pelaksanaan P2KP, 1998: 20)

Mekanisme untuk memperoleh dana dalam P2KP ini, para KSM membuat cadangan yang isinya mengenai kegiatan usaha yang akan dilakukan (lihat Rajah 1.2). Pembuatan cadangan ini dibantu oleh fasilitator dalam hal ini dipekerjakan oleh KMW dan mempunyai tujuan membantu KSM melaksanakan perannya sendiri untuk membasmi kemiskinan melalui usaha-usaha yang dianjurkan oleh fasilitator. Setelah disetujui oleh fasilitator maka diajukan kepada BKM untuk diikhtiraf. Pihak Balai Kampung dalam hal ini berperanan mensosialisasikan P2KP, membantu penentuan balai kampung sebagai lokasi sasaran P2KP. Untuk koordinasi antara tiap balai kampung maka ditempatkan seorang pejabat kerajaan di tiap-tiap balai seksyen (kecamatan) untuk menjadi Penanggung Jawab Operasional Kegiatan (PJOK). Adapun PJOK ini bertugas membantu BKM dalam proses pencairan dana untuk kegiatan KSM, membuat laporan perkembangan tentang pelaksanaan P2KP ditiap Balai kampung yang ada di Kecamatan. Dalam hal ini pihak Kelurahan tidak dilibatkan secara langsung dalam P2KP ini, namun berperanan sebagai pengawas dan pemantau pelaksanaan P2KP. P2KP di Bandar Bandung dimulai pada bulan November tahun 1999, pelaksanaannya dimulai dengan kegiatan sosialisasi oleh Dewan Bandar Bandung (Pemerintah Kota Bandung (PEMDA KOTA BANDUNG), Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (BAPPEDA) dan Konsultan Manajemen Wilayah (KMW), Bandar Bandung termasuk ke dalam satuan wilayah kerja (SWK) IV yang dilaksanakan oleh LPPKM Universitas Winaya Mukti sebagai KMW.

Pelaksanaan program P2KP di bandar Bandung dibagi menjadi 2 tahap, tahap 1 pada tahun 1999 disalurkan pada 104 Balai Kampung (Kelurahan) sedangkan pada tahap 2 tahun 2002 disalurkan sebanyak 139 kelurahan mendapatkan dana P2KP dengan total dana yang disalurkan Rp 44 Billion (Bappeda Kota Bandung, 2001: 4). Dalam pelaksanaan tahap 1 Program P2KP ini masih mengalami kendala dan hambatan. Berdasarkan hasil monitoring yang dilakukan oleh Tim Koordinasi P2KP di bandar Bandung masih terdapat gejala dimana pelaksanaan belum mencapai matlamat yang diharapkan. Daripada data kajian, hampir seluruh BKM yang ada di bandar Bandung mengalami tunggakan (Stagnate) dana. Dari 104 BKM terdapat 91 BKM yang mengalami masalah tersebut, sedangkan sisanya 13 BKM tidak melaporkan secara jelas hasil perkembangan P2KP di daerahnya. Hal ini merupakan bilangan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan bandar-bandar besar lainnya di Indonesia seperti Jakarta, Surabaya dan Medan (Tim Evaluasi dan Monitoring P2KP, 2004: 23)

Jadual 1.2

Klasifikasi peratus berdasarkan level tunggakan per-BKM P2KP di Bandar Bandung Tahap 1 Tahun 1999-2001

Klasifikasi Peratus

BKM

Peratus dari keseluruhan BKM

0%-20%

21

20.19

20.01%-40%

40

39.43

40.01%-60%

21

19.23

60.01-80%

8

7.69

80.01%-100%

1

0.96

Report Tidak Jelas

13

12.50

Jumlah

104

100

Sumber:

Bappeda Kota Bandung

Dari data Jadual 1.2 diatas dapat dilihat bahawa tingkat tunggakan (Stagnate) per-BKM yang ada di Kota Bandung pada tahap 1 Program P2KP. Untuk tingkat tunggakan paling rendah antara 0%-20% sebanyak 21 BKM dengan peratus dari keseluruhan BKM yang menerima pada tahap 1 ini 20.19 %, sedangkan tingkat tunggakan tertinggi antara 80.01%-100% ada 1 BKM dengan peratus 0.96 peratus dari keseluruhan BKM. Namun pada tahap tanggungan 20.01%-40% merupakan paling banyak purata BKM mengalami kendala tunggakan sebanyak 40 BKM dengan peratus BKM keseluruhannya 39.43%. Dari keseluruhan data yang diterima ada sekitar 13 BKM yang tidak melaporkan secara jelas hasil perkembangannya, 13 BKM antara lain: BKM Sukawarna, Kopo, Cigereleng, Ciateul, Babakan Ciamis, Husein, Sukaraja, Garuda, Cicaheum, Kebon Kangkung, Antapani Kidul, Sekejati dan Derwati (Bappeda Kota Bandung, 2001: 67).

Berdasarkan beberapa hal yang dihuraikan diatas, dapat dilihat bahawa latar belakang pembasmian kemiskinan di Malaysia di fokuskan kepada isi rumah setinggan untuk mencapai matlamat setinggan sifar pada akhir 2005, sedangkan di Indonesia lebih difokuskan pada peningkatan modal usaha melalui kelompok-kelompk usaha. Pelaksanaan Program Projek Perumahan Kos Rendah sudah berjalan dan rumah pangsanyapun sudah selesai dibina namun warga masyarakat Kampung Kerinchi Bukit B Kanan, Federal Highway tidak mahu meninggalkan rumah lamanya untuk pindah ketempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, begitu juga dengan pelaksanaan P2KP tahap 1 di bandar Bandung telah dilaksanakan hampir seluruhnya, akan tetapi mengalami kendala dalam tingkat tunggakan dana yang disediakan pada tiap KSM. Sedangkan sekitar 13 BKM belum melaporkan dengan jelas perkembangan P2KP di daerahnya sehingga pelaksanaan Projek Pembasmian Kemiskinan melalui Usaha Swadaya Masyarakat ini sudah-pun diketahui mengalami kemelesetan dalam mencapainya.

Beberapa Implikasi Dasar

Daripada hasil analis dan proses pengambilan data didapatkan bahawa Implikasi dasar beberapa program yang sesuai dan yang tidak sesuai dengan matlamat yang di inginkan oleh kerajaan sehingga diperlukanlah penguraian secara lebih terperinci dalam beberapa hal dibawah ini, yang bisa memberikan beberapa implikasi dasar terhadap polisi-polisi yang telah dibuat dan diselaraskan dalam program P2KP dan Setinggan sifar 2005:

P2KP

Kesesuaian dalam Proses Penyelarasan P2KP

Adanya pertemuan dan sosialisasi ditingkat RW untuk membahas Pemasyarakatan/penyertaan masyarakat miskin dalam program P2KP, dengan menjemput warga masyarakat miskin dan tokoh-tokoh masyarakat untuk hadir dalam pertemuan. Informasi yang didapatkan daripada para responden tentang adanya P2KP dikelurahan Sukawarna selain melalui pertemuan-pertemuan disampaikan melalui folder (buku kecil) dan poster mengenai P2KP dengan matlamat agar masyarakat miskin lebih mengetahui dan ikut berpartisipasi dalam P2KP.

Pembentukan Kelompok Swadaya Masyarakat (KSM)

Adanya pertemuan ditingkat Kelurahan dengan menjemput warga miskin di kelurahan, kemudian melibatkan peserta pertemuan untuk menentukan kriteria anggota KSM yang sesuai di kelurahan Sukawarna.. Pemilihan warga yang sesuai dengan kriteria hasil kesepakatan dalam pertemuan tersebut serta membentuk KSM. Pembentukan Pengurus KSM dengan melibatkan anggotanya.

Pembentukan Badan Ke-swadayaan Masyarakat (BKM)

Adanya pertemuan dengan warga kelurahan dengan mengundang KSM-KSM, pihak Kelurahan serta tokoh masyarakat Sukawarna. Penjelasan tentang peranan BKM sebagai pelaksana P2KP, kemudian para peserta mengajukan nama-nama yang berkemampuan dan bersedia untuk memimpin BKM Sukawarna. Setelah itu pemilihan Ketua BKM dan Anggotanya merupakan tokoh yang dianggap mampu dan mempunyai pengaruh di lingkungannya.

Penyusunan Usulan Kegiatan Usaha KSM

Dalam penyusunan usulan kegiatan KSM, dari semua responden merasa dilibatkan untuk hadir dalam penyusunan tersebut. Namun Adanya Tenaga Pendamping Kelompok (TPK) yang semestinya berperan membantu anggota KSM tidak terlihat perannya, ini dilihat dari hasil wawancara responden yang merasa perannya tidak membantu. Beberapa TPK tersirat hanya memanfaatkan dana P2KP dengan menjadi ketua KSM untuk meminjam modal untuk dirinya sendiri namun setelah itu perannya sebagai ketua tidak ada.

Penetapan Usulan Kegiatan KSM

Dalam menetapkan prioritas usulan kegiatan KSM, BKM Sukawarna mengadakan pertemuan dengan anggotanya serta tokoh masyarakat. Penetapan prioritas ini disesuaikan dengan dana yang tersedia di BKM Sukawarna dan untuk usulan KSM yang tidak memperoleh dana P2KP diprioritikan pada penetapan selanjutnya. KSM yang diterima proposal dan menerima dana P2KP kemudian membagikan dana tersebut kepada anggotanya sesuai dengan usulan masing-masing tanpa ada pemotongan dari Ketua KSM.

Pemanfaatan Modal Yang diperoleh dari dana P2KP

Dari 20 responden clan hasil lapangan bahwa 14 responden memanfaatkan dana P2KP untuk kegiatan usahanya dan 6 responden tidak memanfaatkan dana P2KP untuk kegiatan usahanya. Hal ini menunjukan bahwa tidak semua anggota KSM menggunakan dana P2KP semestinya sehingga dampaknya tidak ada peningkatan dalam kegiatan usahanya. Padahal yang diharapkan dari P2KP adalah pemanfaatan yang sesuai dengan kebutuhan modal usaha para anggota KSM.

Peranan Ketua KSM terhadap anggota KSM dalam Pelaksanaan P2KP

Dari seluruh responden tidak pernah melakukan pertemuan dan tidak terjalin kerjasama dan kemitraan dari sesama kelompok padahal dengan dibentuknya kelompok-kelompok diharapkan adanya kebersamaan. Peran ketua KSM terhadap pembinaan anggota tidak ada sehingga ketika anggota mengalami kesulitan dalam usahanya tidak ada yang membantunya.

Setinggan Sifar

Keberhasilan dalam Memperbaharui Polisi Setinggan di Kuala Lumpur

Penyelarasan PPR untuk Setinggan Sifar 2005, masa ini sudah mencapai keberhasilan dari pihak Kerajaan dengan diindikasikan dengan kemampuan Kerajaaan telah membuat polisi-polisi yang sedia ada menjadi diperbaharui dengan polisi-polisi terkini tentang konsep Setinggan.

Mengemaskini Sistem Maklumat Setinggan

Kerajaan telah melaksanakan Program dan Strategi untuk mengawasi Kawasan-Kawasan di Kampung Kerinchi Blok “B” agar menjadikannya kawasan yang tidak bertambah jumlah setinggannya, serta berusaha mengumpulkan beberapa Maklumat yang berkaitan dengannya.

Membina Rumah Layak Huni

Kerajaan dianggap telah berhasil membina Rumah di dekat Lingkungan tersebut, ini dapat dilihat dengan telah dibangunnya suatu rumah pangsa di Lembah Pantai yang tidak jauh dari pemukiman Penduduk Kampung Kerinchi, yang direncanakan akan selesai akhir tahun 2005.

Tingkat Pendapatan Responden Anggota KSM

Hasil analisa data bahwa pemberian dana bergulir P2KP di Kelurahan Sukawarna kepada KSM setelah 1 tahun tidak ada peningkatan pendapatan usaha . Dari 20 responden, 6 responden mengalami peningkatan pendapatan sedangkan 14 responden pendapatan tidak mengalami peningkatan. Maka diperoleh kesimpulan tidak semua pendapatan responden meningkat.

Berkembangnya Jenis Usaha Ekonomi KSM

Hasil analisa data bahwa pemberian dana bergulir P2KP di kelurahan Sukawama belum bisa mengembangkan usaha ekonomi yang dilakukan oleh KSM. Karena dana pinjaman P2KP kebanyakan digunakan untuk keperluan sehari-hari dan bukan digunakan untuk usaha ekonomi. Dari hasil analisis 20 responden 13 responden tidak berkembang jenis usahanya dan hanya 7 responden tidak mengalami perkembangan usaha ekonominya. Maka diperoleh kesimpulan bahwa P2KP di kelurahan Sukawarna tidak memperoleh hasil karena hampir semua responden tidak mengalami perkembangan usaha.

Peningkatan Jumlah Usaha Ekonomi KSM

Hasil analisa data bahwa dana bergulir P2KP belum bisa meningkatkan Jumlah modal usaha ekonomi KSM. Biasanya modal P2KP yang mereka peroleh dipakai untuk kebutuhan hidup bukan untuk modal usaha ekonomi Jadi ,Tidak ada peningkatan jumlah modal setelah 1 tahun setelah mendapat dana P2KP, dari hasil analisis 20 responden 7 responden mengalami peningkatan jumlah modal, 11 responden tidak mengalami peningkatan jumlah modal sedangkan 2 responden mengalami peurunan jumlah modal usaha. Maka diperoleh kesimpulan bahwa P2KP di kelurahan Sukawarna tidak memperoleh hasil karena tidak hampir semua responden tidak mengalami penambahan jumlah modal usahanya.

Interaksi dan Kemitraan di antara anggota KSM

Hasil analisa data tidak ada Interaksi dan kemitraan yang terjalin diantara anggota KSM, dari 20 responden 18 responden tidak ada interaksi dan kemitraan dengan anggotanya setelah mendapat dana P2KP dan sisanya 2 responden terjalin interaksi dan kemitraan dikarenakan responden memiliki usaha yang bisa untuk bekerjasama dan jaraknya berdekatan.

Read also  Analyze The Economy Of Mexico Economics Essay

Pembangunan Sarana dan Prasarana

Dana hibah P2KP digunakan untuk pembangunan dan perbaikan sarana dan prasarana di kelurahan Sukawarna. Pembangunan fisik direncanakan oleh para warga di RW dengan membuat proposal dan kemudian dilaksanakan dengan melibatkan warga. Pembangunan dan perbaikan tersebut merupakan kepentingan bersama warga di masing-masing RW.

Setinggan Sifar

Merayu Penduduk untuk Pindah ke Rumah yang layak Huni

Merayu para Penduduk untuk Pindah ke rumah yang lebih layak Huni, kerana dari 10 orang yang ditemubual purata penduduk tidak mau pindah kerana berbagai alasan yang tidak dapat diterima langsung dikeranakan tidak adanya pendekatan yang berketerusan dari pihak Penguatkuasa tempatan.

Harga Rumah Mahal dan Intensif Saguhati Susah untuk Didapat.

Harga yang tidak berpatutan dalam pemberian pinjaman untuk pembelian rumah, dikeranakan pinjaman kepada Bank tempatan memberikan bunga yang cukup tinggi, sehingga penduduk berat untuk mengangsurnya. Serta Kerajaan telah gagal dalam mengadakan kewangan untuk pengganti insentif dan saguhati untuk para keluarga setinggan yang akan berpindah ke rumahnya yang baru.

Perbandingan Dasar Awam

Kesimpulan yang dibuat dalam perbandingan antara Penyelarasan polisi Kerajaan di Indonesia dan Malaysia didapati bahawa:

Penterjemahan Dasar Awam oleh Penyelaras Polisi

Dalam P2KP dan Setinggan Sifar ditemukan perbezaan bahawa di Indonesia P2KP diselaraskan tanpa polisi yang mendalam sehingga banyak masyarakat yang dilepas begitu sahaja setelah mendapatkan modal usaha, sehingga modal usaha tersebut menghilang dikeranakan digunakan untuk keperluan sehari-hari, sedangkan untuk Program Setinggan Sifar ditemukan bahawa Kerajaan Tempatan telah mampu membuat polisi-polisi yang sudah diperbaharui dengan mengemaskini definisi-defini kemudian dibuatlah suatu dasar yang berbentuk undang-undang ataupun peraturan yang sesuai dengan keadaan.

Kesimpulan

Dalam pelaksanaan P2KP di kelurahan Sukawarna bisa dikatakan tidak berhasil melaksanakan Program tersebut sesuai dengan matlamat kerajaan pusat, hal ini bisa dilihat dalam Proses Pelaksanaannya yang tidak ditemukan kesesuaian proses pelaksanaan yang diharpkan oleh kerajaan pusat dengan ketentuan pelaksanaan yang ada pada Panduan Umum (pedoman) P2KP dan dari hasil pelaksanaan P2KP di kelurahan Sukawarna belum mencapai tujuan yang diharapkan P2KP .

Untuk Pelaksanaan Setinggan Sifar ini kerajaan Malaysia telah menganggarkan hingga akhir 2005 setinggan telah tidak ada namun dari hasil di tempat penyelidikan di Kampung Kerinchi Blok B Program itu masih jauh untuk berhasil dikeranakan dari satu Blok sahaja belum ada yang swadaya pindah dan terkesan lamban, namun ada beberapa keberhasilan dari DBKL dalam melaksanakan hal ini diantaranya sudah dapat membina Rumah Pangsa 17 tingkat untuk Setinggan di Kampung Kerinchi, serta membina bangunan baru di bukit angkasa..

BIBLIOGRAFI

A. Ghani Othman, 1983/1984. “Aspek Ekonomi Dalam Kemiskinan”, dalam. Institut Pertanian Malaysia (AIM). Kemiskinan Luar Bandar. Kuala Lumpur.

Abdul Al Hassan Nadwi, 1997. Sepuluh Tokoh Yang Mengubah Dunia, Selangor: Pustaka Ilmi.

Andre Bayo Ala, 1981. Kemiskinan dan Strategi Memerangi Kemiskinan, Yogyakarta : Liberty.

Anwar Ibrahim, 1983/1984. “Kemiskinan Dari Perspektif Agama dan Politik”, dalam. Institut Pertanian Malaysia (AIM). Kemiskinan Luar Bandar. Kuala Lumpur.

Ariffin Jamilah, 1994. Poverty Amidst Plenty, Petaling Jaya, Selangor: Pelanduk Publications.

Arjan, de Haan, 1995. Bibliographical Review on Social Exclusion in South Asia, Discussion Paper Series No.79, Geneva: International Institute for Labour Studies.

Ashaari Muhammad dan Abuya Sheikh Imam, 1983. Falsafah Kemiskinan dan Jalan Penyelesaiannya Menurut Islam, Kuala Lumpur: Minda Abuya Agency.

Badan Pusat Statistik, 2001a. Population of Indonesia. Result of the 2000 Population Cencus. Series L.2.2. Jakarta : Badan Pusat Statistik,

Badan Pusat Statistik, 2000. Pedoman Penyandian Propinsi, Kabupaten/Kotamadya dan Suku Bangsa. Sensus Penduduk 2000. [Coding Guides for Provinces, Regencies/Municipalities and Ethnic Groups. 2000 Population Cencus]. Jakarta : Badan Pusat Statistik,

Badan Pusat Statistik, 2001b. Population of Jawa Timur. Result of the 2000 Population Cencus. Series L.2.2.14. Jakarta : Badan Pusat Statistik

Balogh, T., 1966. The Economics of Poverty, London: Weidenfeld and Nicholson Ungku Abdul Aziz,. 1964. “Poverty and Rural Development in Malaysia”, Kajian Ekonomoi Malaysia, Vol.1, No.1, Jun.

Bappeda Kota Bandung, 2002, Evaluasi Perguliran Dana Program P2KP di Kota Bandung. Bandung, Bappeda.

BIMB Institute Of Research And Training Sdn. Bhd. 1998. Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam, Kuala Lumpur: BIRT.

Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, 1987. Konvensyen Kemiskinan Kebangsaan, anjuran Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur, 12 September.

Booth, S.R., 1901. Poverty: A Study of Town Life, London: Macmillan

Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei, 1988a. Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan – Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, 1988b. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chamhuri Siwar dan Mohd. Amin Mohd. Anuar, 1989. “Kemiskinan Di Kalangan Petani Padi: Kajian Kes Di Besut, Kemubu, Seberang Perai, Tanjung Karang dan Jasin”, Penerbitan Tak Berkala No.38, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Diknas Kota Bandung, 1998, Kertas Kerja, “Perspektif Penduduk terhadap pengaruh Pendidikan Globalisasi”, Bandung, Kantor Pendidikan Nasional Indonesia.

Friedmann, J., 1979. “Urban Poverty in Latin America – Some Theoretical Considerations”, dalam Development Dialogue, Vol.1, April, ms 45-48

George, V. dan I. Howards, 1991. Poverty Amidst Affluence – Britain and the United States, London, England: Edward Elgar.

Hairi Abdullah, 1984. Kemiskinan dan Kehidupan Golongan Berpendapatan Rendah: Bangi, Selangor Darul Ehsan: Universiti Malaya.

Harian Media Indonesia, 10 Juli 1999, Penduduk Miskin Indonesia

INTAN, 1980. Negara Kita – Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur.

Jamasy, O., 2004, Keadilan, pemberdayaan dan penanggulangan Kemiskinan, Jakarta: Belantika

Kamal Salih, 1983/1984. “Konsep, Definisi dan Pengukuran Kemiskinan”, dlm. Institut Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur: AIM.

Kartasasmita, G., 1996, Pembangunan Untuk Rakyat : Memadukan Pertumbuhan dan Pemerataan, Jakarta : PT Pustaka

Lewis, O., 1966. La Vida: a Puerto Rican Family in Culture of Poverty, San Juan and New York: Random House.

Lim Hin Fui, 1994. Poverty and Household Economic Strategies in Malaysian New Villages. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Pelanduk Publications.

Lubis, I.H., 1999. Pentadbiran dan Penggunaan Tanah Wakaf Di Kotamadya Medan Indonesia, Tesis Sarjana Sains Kemasyarakatan, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Miller S.M. and W. Bloomberg Jr, 1970. “Shall the Poor Always be Impoverished”, dlm. Warner Bloomberg, Jr., and Henry J. Schmandt, eds., Urban Poverty: Its Social and Poliitical Dimensions, California: Sage Publication, Inc.

Mohd Razali Agus, 2005, “Persetingganan di Malaysia: Penduduk dan Penempatan Semula”, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya .

Mohd Razali Agus dan Yazid Saleh (Peny), 2004. Pengurusan Perbandaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin , 1998. “Keseimbangan Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Malaysia: Suatu Pengenalan”, dalam Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin (Peny) Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

Mohd Razali Agus, 1995, ‘Pembangunan Perumahan Wargakota’ dalam Titian Sejarah Pembangunan dan Perubahan Citra Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Penerbitan Sejarah

Mohd Razali Agus, 2000. Persetingganan di Malaysia: Penduduk dan Penempatan Semula. (Squatting in Malaysia; Population and resettlement). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Razali Agus, 2001, Perumahan Awam di Malaysia;Dasar dan Amalan Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Mohd Taib Dora, 2000. Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar, Skudai, Johor Darul Ta`zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Muhamad Fadhil Nurdin, 1999, “Strategi Pembangunan Masyarakat dalam Kelompok Swadaya : Kajian kes di desa Blanakan, Jawa Barat, Indonesia”, Tesis Ph.D Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Muhammad Zakariya Kandhahlawi, 1998. Kisah-Kisah Para Sahabat, Jilid 1 – 2 (Edisi Baru), Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa.

Myrdal, G., 1970. The Challenges of World Poverty: A World Anti-Poverty Programme in Outline, New York: Vintage Books.

Newman, W. Lawrence (2003). Social Research Methods, Qualitative and Quantitative Approach. Fifth Edition. Boston, New York, San Francisco. University of Winconsin at Whitewater.

O.K. Rahmat, 1988. Sumber dan Prinsip Hukum Islam, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Piachaud, D., 1987. “Problems in the Definition and Measurement of Poverty”, Journal of Social Policy, Vol.16, No.2. ms. 147-164.

Rein, M., 1970. “Problems in the Definition and Measurement of Poverty”, dlm. Peter Townsend, The Concept of Poverty: Working Papers on Methods of Investigation and Life-Style of the poor in Different Countries, London: Heinmann Educational Books Ltd.

Scott, W., 1979. “Poverty Monitoring in Developing Countries”, Development and Change, Vol.10, No.3, July.

Sen, A., 1981. Poverty and Famines: An Essay on Entitlement and Deorication, Oxford: Clarendon Press.

Solihin Abdul Wahab. 1990, Analisis Kebijaksanaan Negara, Jakarta : PT Rineka Cipta

Streeten, P., 1971. “Economic Strategies”, dlm. Dudley Seers and Leonard Joy, eds., Development in a Divided World, Middlesex: Penguin Books.

Sukmana, O., 2005, Sosiologi dan Politik Ekonomi, Malang, Jawa Timur: UMM Publication.

Syed Hussin Ali, 1983/1984. “Aspek Sosiologikal Dalam Kemiskinan”, dlm. Institut Pertanian Malaysia (AIM). Kemiskinan Luar Bandar. Kuala Lumpur.

Tim Persiapan P2KP, 1999, Manual Proyek P2KP Buku Satu Pedoman Umum. Jakarta

Townsend, P., 1979. Poverty in the United Kingdom – A Survey of Household Resources and Standards of Living, England: Penguin Books.

Ungku Abdul Aziz,.1975c. “Recent Thoughts on Poverty”, kertaskerja dibentangkan di Second Malaysian Economic Convention, Kuala Lumpur.

Unit Perancangan dan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, 2004. Kertas Kerja. Setinggan Sifar 2005, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan DBKL.

Unit Bancian DBKL, 1994. Bancian Penduduk 1991, Kuala Lumpur: Unit Bancian DBKL.

Kementerian Perumahan, 2004. Kertas Kerja Setinggan Sifar 2005, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Kementrian Perumahan.

Utusan Malaysia, 9 Ogos 2000. “Kemiskinan Tegar Boleh Dihapuskan”.

Winter, A.J., 1969. The Poor: A Culture of Poverty or a Poverty of Culture?, Michigan: William B. Eerdmans Publisher.

Za’ba, 2003, dalam “The Poverty of the Malays”, Malay Mail, 1 Disember. 2003

[(]* Pensyarah Tamu di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, pernah mengajar di beberapaUniversitas di Indonesia antara lain Universitas Padjajaran Bandung pada Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politi dan Fakultas Ilmu Komunikasi serta Pengajar di Universitas Prof Dr Moestopo (Beragama).

Order Now

Order Now

Type of Paper
Subject
Deadline
Number of Pages
(275 words)