Tinjauan kajian lepas

PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai beberapa perkara seperti persoalan tekanan itu sendiri yang mana ia dilihat dari sudut yang berbeza-beza dan faktor yang menyumbang kepada tekanan pelajar.

Menurut Aldwin (1994), beliau mengatakan bahawa tekanan telah digunakan di dunia selewat-lewatnya pada abad ke 18 lagi. Ini bermakna tekanan telah lama wujud dan ia mula mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.

Selye pula mendefinasikan tekanan sebagai

“Everybody knows what stress is and nobody know what it is. The word stress like success, failure or happiness, means different things ti different people and except for a new specialized scientists, no one has really tried to define it although it has become a part of our daily vocabulary”.

Burchfield ( 1979) mendefinasikan tekanan sebagai tindakbalas seseorang samada dari segi fizikal atau psikologi terhadap sesuatu perkara yang boleh menjadi punca tekanan. Sesetengah pengkaji mentakrifkan tekanan sebagai satu ransangan iaitu peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang. Ada pula berpendapat tekanan adalah hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan kemampuan dirinya untuk menghadapi peristiwa itu.

Selye (1956,1974,1980) mendefinasikan tekanan sebagai tindak balas fizikal manusia terhadap sebarang perkara yang berlaku dalam hidup mereka samada disedari atau tidak.

Matteson dan Irancevich (1982), tekanan bukan setakat tindak balas fizikal yang merangkumi psikologi terhadap sebarang perkara yang dipanggil punca tekanan.

Murdock & Scutt (1993) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), mentakrifkan tekanan sebagai ketidakpadanan antara persepsi tuntutan dengan persepsi keupayaan untuk menunaikannya. Jika terdapat jurang atau perbezaan persepsi ini, maka individu akan mengalami tekanan. Menurut Sabitha Marican (1989) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), tekanan dalam kehidupan bermaksud satu tindak balas terhadap punca tekanan, rangsangan atau suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi individu. tekanan dan beban kerja boleh membawa kesan baik dan kesan buruk kepada seseorang. Contohnya seorang pekerja yang menghadapi tekanan akan menggunakan pelbagai mekanisma bela diri sebagai tindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.

Holmes dan Rahe (1990) mengatakan kematian pasangan hidup, penceraian, kematian anggota keluarga terdekat, kemalangan yang dialami, persaraan dan kematian kawan rapat adalah merupakan beberapa perkara yang dianggap sebagai tekanan.

Tekanan sebagai hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan kemampuan dirinya untuk menghadapi peristiwa tersebut. Jika ia tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya maka ia akan mengalami tekanan.

Suriani dan Suraini (2005) dalam kajian mereka dalam kalangan 94 orang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati sumber stres akademik, pensyarah, peribadi dan universiti dialami oleh lebih 70 peratus hingga 91 peratus manakala sumber stres berkaitan aktiviti kokurikulum, rakan, keluarga dan ibu bapa dialami oleh lebih kurang 60 peratus hingga 70 peratus pelajar. Namun, didapati akademik merupakan punca stres yang utama terutamanya disebabkan terlalu banyak tugasan, tidak cukup masa untuk mengulangkaji, mendapat markah yang lemah dalam ujian, sukar memahami subjek yang diajar, tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah, menunggu keputusan peperiksaan dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian kepada pelajaran.

Keadaan tertekan menimbulkan kecelaruan mental dan fizikal seperti stres, kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut (Hall and Torres, 2002; Jas Laile Suzana Jaafar, 1996) serta memberi kesan terhadap pencapaian akademik (Plucker, 1997). Kecelaruan ini akan menjadi lebih berat apabila ditambah dengan sumber-sumber stres yang lain. Justeru, remaja perlu diajar kemahiran berdaya tindak dan diberi sokongan sosial terutamanya daripada ibu bapa, adikberadik, rakan dan saudara mara semasa menghadapi sesuatu masalah supaya mereka terhindar daripada kesan-kesan yang aversif (Jas Laile Suzana Jaafar, 1996; Plucker, 1997; Hall and Torres, 2002).

Read also  Case Study Discipline And Truancy Education Essay

Secara keseluruhannya tekanan adalah anggapan seseorang terhadap sesuatu peristiwa akan menentukan samada peristiwa tersebut boleh menjadi tekanan atau tidak. Ini juga bermakna bahawa sesuatu perkara yang boleh menjadi punca tekanan kepada seseorang tidak semestinya menjadi punca tekanan kepada orang lain.

Kesimpulan definisi tekanan dapat dilihat seperti berikut:

  1. Tindakbalas seseorang samada dari segi fizikal dan psikologi terhadap sesuatu peristiwa.
  2. Rangsangan terhadap sesuatu peristiwa yang menjadi punca tekanan kepada seseorang.
  3. Hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan penilaian terhadap kemampuan diri untuk menghadapi peristiwa tersebut.

Punca-Punca Tekanan

Melalui pembacaan kajian-kajian lepas mengenai tekanan, punca kepada tekanan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu berkaitan akademik, sekolah, guru dan peribadi.

Berkaitan Akademik

Melati bt Sumari (1997) melalui kajiannya mendapati terdapat 3 punca utama wujudnya tekanan berkaitan akademik iaitu kerja rumah yang terlalu banyak, peperiksaan dan pencapaian yang kurang memuaskan dan harapan yang tinggi dari sekolah dan ibu bapa.

Selain itu terdapat juga kajian yang mendapati bahawa kegagalan memberi tumpuan kepada pengajaran guru, bilangan mata pelajaran yang terlalu banyak, mengikuti pelajaran yang membosankan dan mengulangkaji pelajaran juga boleh menjadi punca tekanan. Kajian yang dijalankan oleh Fenshawe (1988) mendapati bahawa mengikuti pelajaran yang membosankan dan mengulangkaji pelajaran mendatangkan tekanan tinggi kepada pelajar.

Kajian yang dijalankan oleh Dobson (1980) mendapati bahawa kegagalan memberi tumpuan kepada pengajaran guru, kesukaran memberi tumpuan ketika mengulangkaji pelajaran dan bilangan matapelajaran yang terlalu banyak di sekolah juga menjadi punca tekanan.

Kajian yang telah dijalankan oleh American College Health Association pada tahun 1995 mendapati bahawa golongan pelajar yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik menunjukkan tahap prestasi akademik yang cemerlang serta mampu untuk menyumbangkan tenaga yang lebih banyak kepada persekitarannya. Menurut De Meuse (1985), Garrity dan Ries (1985) serta Lloyd, Alexander, Rice dan Greenfield (1980) berusaha untuk menjelaskan bahawa prestasi akademik yang ditunjukkan oleh golongan pelajar adalah akibat daripada kesan terhadap pembolehubah psikologikal, peristiwa-peristiwa hidup yang menekan yang boleh dijelaskan sebagai tindak balas serta adaptasi individu secara psikologikal terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam kehidupan.

Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Lloyd (1980) menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara peristiwa hidup yang menekan dan Grade Point Average (GPA) pada jarak masa di antara satu hingga dua tahun yang berikutnya. Penyelidikan ini juga mendapati bahawa tidak wujud korelasi di antara peristiwa hidup yang menekan dengan nilai GPA walaupun berhadapan dengan faktor-faktor penekan. Garrity dan Ries (1985) mendapati bahawa tekanan hidup mampu meramal GPA tahun pertama pelajar walaupun selepas pengawalan ke atas jantina dan persediaan akademik (skor ACT). Walaupun kajian ini menunjukkan impak negatif terhadap prestasi akademik golongan pelajar prasiswazah akibat daripada peristiwa atau situasi kehidupan yang menekan yang dialami oleh mereka, namun kajian ini terbatas terhadap kegagalan untuk mengambilkira aspek-aspek lain yang berpotensi untuk mempengaruhinya seperti pembolehubah psikologikal atau kesan terhadap status minoriti (golongan pelajar yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan). Kajian lain yang telah dijalankan ke atas 360 orang pelajar universiti yang terdiri daripada 163 orang pelajar lelaki (n=163) dan 197 orang pelajar perempuan (n=197) yang bertujuan untuk mengkaji angkubah-angkubah tertentu serta korelasinya terhadap prestasi akademik dan burnout. Satu set soal selidik yang mengandungi 25 jenis soalan yang berbentuk soalan terbuka dan tertutup telah diedarkan kepada semua responden yang terlibat. Ujian Chi Square digunakan bagi menguji perbezaan yang diperolehi. Sebahagian angkubah yang diperolehi memberi kesan yang ketara terhadap prestasi akademik dan juga burnout. Faktor yang paling memberi tekanan kepada pelajar ialah peperiksaan akhir (Anderson & Cole, 1988).

Read also  Teaching System of Linear Equations

Berkaitan sekolah

Profesor Deva, ahli perubatan Psikologi Hospital Universiti, Petaling Jaya menjelaskan bahawa perjalanan pergi dan balik dari sekolah telah menjadi punca kepada ramai pelajar hari ini kerana masalah pengangkutan. Sesetengah pelajar terpaksa keluar dari rumah pada awal pagi dan pulang pada pukul 4 petang.

Kajian yang dijalankan oleh Peach (1991) di Tennase mendapati bahawa 76% dari 96 orang pelajar lelaki menyatakan bahawa peraturan kelas dan sekolah yang ketat menyebabkan tekanan kepada mereka.

Berkaitan Guru

Elkind (1981) beliau mengaitkan tentang sistem pendidikan yang memberi keutamaan kepada kejayaan pelajar dalam bidang akademik telah mendorong guru-guru menekankan pelajar dengan pelbagai cara. Sesetengah guru menekankan pelajar mereka tanpa memikirkan bahawa setiap pelajar memiliki keupayaan intelektual yang berbeza. Pelajar yang tidak mencapai tahap yang dimahukan oleh guru dianggap sebagai pelajar yang lembap dan tidak berkebolehan. Ini adalah punca tekanan kepada pelajar.

Satu contoh dimana sikap guru boleh menjadi punca tekanan kepada pelajar ialah apabila mereka diberi latihan dan kerja rumah yang banyak dengan harapan pelajar dapat menguasai matapelajaran yang diajar oleh mereka. Apabila gagal disiapkan pelajar akan dihukum.

Verma dan Gupta (1990) penyelidikan di India mendapati sikap guru yang suka menghukum pelajar apabila tidak menyiapkan kerja rumah merupakan tekanan kepada pelajar. selain daripada sikap guru yang suka menghukum, sikap pilih kasih guru dalam memberi markah, guru yang tiada kemahiran mengajar dan tidak dapat memberi perhatian kepada setiap pelajar juga merupakan punca tekanan kepada mereka. Kegagalan guru memberi perhatian kepada setiap pelajar di dalam kelas ( kerana saiz kelas besar) menjadikan mereka berasa terabai dan tidak disukai oleh guru. Keadaan ini juga menyebabkan tekanan dan menjadikan mereka tidak gemar ke sekolah.

Berkaitan Peribadi

D’Auroro dan Fimian (1988) menyebut salah satu punca tekanan kepada pelajar hari ini ialah kekurangan masa untuk melakukan aktiviti kegemaran.

West dan Wood (1973) telah menjalankan kajian ke atas 331 di Amerika mendapati bahawa 33% pelajar mengalami tekanan kerana mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan aktiviti kegemaran.

Miller, Wilcox dan Soper (1985) menjalankan kajian di Amerika telah mendapati bahawa kekurangan masa untuk berehat merupakan antara satu dari 15 punca tekanan yang dialami oleh sebahagian besar pelajar.

Read also  Different methods of teaching esl

Kajian Nowak dan Marie (1999) ke atas 24 orang pelajar Persatuan Ijazah Kejururawatan dan 13 orang pelajar yang sedang menjalani latihan kejururawatan mendapati bahawa faktor kekurangan masa, peperiksaan, tempoh masa untuk mengulangkaji dan kuantiti subjek pembelajaran yang perlu dipelajari dan difahami merupakan antara faktor-faktor yang menyumbangkan kepada tekanan di kalangan pelajar.

Suradi Salim (1993) menyebut di dalam penyelidikannya iaitu Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang terlalu banyak memberi penekanan kepada peperiksaan. Keadaan sedemikian menyebabkan pelajar perlu menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Pelajar di Malaysia juga dibebani dengan matapelajaran yang terlalu banyak. Perkara tersebut menyebabkan guru tidak sempat menghabiskan sukatan pelajaran.

Melati Sumari (1997) Penekanan kepada peperiksaan menyebabkan guru meletakkan harapan yang tinggi kepada pelajar agar berjaya dalam bidang akademik. Oleh itu guru memberi kerja rumah dengan harapan pelajar dapat menguasai dengan lebih baik apa yang telah dipelajari di sekolah. Namun kerja rumah terlalu banyak, sukar difahami dan tidak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan menjadi punca tekanan kepada sesetengah pelajar.

Kerja rumah yang terlalu banyak juga menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Mates dan Allison (1992) telah menemubual 23 orang pelajar Gred 10 di Toronto mendapati kerja rumah yang banyak menjadi punca tekanan kepada pelajar. Salah seorang pelajar yang ditemubual menyatakan

” The teacher gives you homework for one hour and they forget that all the
other teacher gives an hour. The teacher says ” Its just an hour’s homework to do”. And all the teacher do it, and its like six hours”

Secara keseluruhannya, keempat-empat faktor yang dinyatakan mempunyai kaitan yang jelas tentang waktu yang panjang dimana pelajar perlu menghabiskan masa yang panjang bermula dari awal pagi hingga lewat petang. Masa yang panjang merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah pembentukan tekanan.

KERANGKA KONSEPTUAL

Pengkaji membina kerangka konseptual dalam kajian ini berdasarkan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Pemboleh ubah ini dikaitkan dengan objektif kajian, soalan kajian, definisi operasional dan kaedah kajian ini. Rajah di bawah menunjukkan hasil kerangka konseptual yang dibangunkan.

Kerangka Konseptual

Dalam gambarajah di atas, pengkaji melihat keadaan stress pelajar sekolah satu sesi melalui faktor dalam diri pelajar, faktor interpersonal, faktor organisasi dan juga
faktor persepsi pelajar.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, terdapat banyak kajian lepas yang telah menjelaskan tentang tekanan yang sering melanda pelajar secara khusus dan factor-faktor yang menjadi punca kepada tekanan tersebut. Kebanyakan kajian tersebut telah menyenaraikan antara faktor-faktor yang faktor tekanan tersebut melibatkan faktor akademik, guru, pelajar dan masalah peribadi mereka sendiri.

Walaupun pengkajian lepas mengenai persekolahan satu sesi masih sukar ditemui dan masih kurang dijalankan pengkajian ke atasnya memandangkan tempoh pelaksanaannya yang masih terlalu awal, namun antara faktor yang menjadi punca tekanan terhadap pelajar adalah sesi persekolahan yang terlalu panjang dan telah dijalankan kajian sebelumnya. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini akan mengkaji dengan lebih dalam lagi berkaitan permasalahan ini bagi membuktikan kesahihannya.

Order Now

Order Now

Type of Paper
Subject
Deadline
Number of Pages
(275 words)